Tangga Pertama
al-Yaqhdzah
Yaghdzah ibarat tersedar daripada tidur disebabkan semboyan kapal sudah berbunyi. Sedar bahawa kapal sudah mahu berangkat. Kesedaran yang melahirkan tindakan segera untuk bersama sebelum terlambat. Sedar betapa perlunya teman dalam perjalanan yang jauh. Sedar betapa perlunya bekalan disepanjang perjalanan.
Kesedaran ini ialah kesedaran hati terhadap nikmat-nikmat kurniaan Allah. Kesedaran hati betapa diri masih belum menyempurnakan tanggungjawab syukur. Sedar betapa diri masih leka mengikut keinginan nafsu dan kufur kepada nikmat-nikmat tuhan. Sedar betapa diri masih lemah dalam menghadapi pertarungan dengan diri sendiri, syaitan dan ajakan duniawi.
Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan akan diwujudkan penyedar di dalam dirinya yang membawanya kepangkal jalan, mengiktiraf dosa, segera beristighfar dan bertaubat kepada Allah.
Kesedaran adalah maqam pertama dalam perjalanan Rohani menuju jiwa mutmainnah radiatul mardhiyyah