AKHLAK
Akhlak adalah ad din. Sesiapa yang baik akhlaknya baiklah agamanya. Aisyah r.a. berkata akhlak nabi s.a.w adalah al-Quran. Nabi memiliki agama yang hebat dan baginda diutuskan untuk menyempurnakan agama manusia. Kebanyakan ahli-ahli syurga ialah mereka yang bertaqwa dan baik akhlak mereka malah sesiapa yang baik akhlaknya menyamai pahala orang yang sentiasa berpuasa siangnya dan berqiamullail pada malamnya.
Ummatan wasata
Umat Islam adalah umat pertengahan, sederhana, adil, seimbang dan akhlak terpuji adalah akhlak pertengahan:
Adil adalah pertengahan antara terlebih atau terkurang
Syajaa`ah sifat pertengahan antara berani membuta tuli dengan pengecut.
al-Hilm sifat pertengahan antara marah dan lemah (inferior)
Izzah terhadap Allah, rasulnya dan orang beriman pertengahan antara takabbur dan menghina hina diri.
al-Jud (pemurah) antara membazir dan kedekut.
Qanaah antara tamak dan menerima kehinaan.
Tawaduk antara takabbur dan hina diri
al-Haya’ (malu) antara sikap tidak mementingkan maruah dan lemah.
Sabar antara terburu-buru dan penakut.
Rahmah antara kasar dan lemah
Iffah antara meninggalkan kebaikan dan terlibat melakukan yang haram.
Sidiq antara berlebihan dan mengurangkan hakikat kebenaran.
Ikhlas antara berlebihan dan menyeleweng.
Berlumba-lumba ke arah kebaikan , antara hasad dengki dan tidak mengambil hirau kebaikan.
( Solah Syadi dalam renungan kitab Madarij al-Salikin)
20 Dosa Lidah
1. Bercakap perkara yang tidak perlu.
2. Bertanya hal-hal urusan orang lain yang tidak berkenaan dengan diri sendiri dan agamanya.
3. Bercakap hal-hal kebatilan; parti -parti dosa, aktiviti maksiat dsb.
4. Bertengkar dengan melahirkan kekurangan pihak lawan.
5. Bertelingkah menegakkan kebatilan.
6. Memaksa diri meniru bahasa-bahasa indah dengan dibuat-buat dan tidak perlu.
7. Bahasa kotor, cabul dan memaki hamun.
8. Melaknat perkara yang tidak diizinkan Syarak.
9. Bersenda-gurauan berlebih-lebihan yang menimbulkan kemarahan orang.
10. Bernyanyi dan bersyair dengan menggunakan perkataan dan tujuan yang tercela.
11. Membocorkan rahsia.
12. Janji bohong.
13. Menghina dan mengejek.
14. Bercakap bohong.
15. Mengumpat
16. Mengadu-domba.
17. Batu-api, talam dua muka.
18. Memuji berlebih-lebihan.
19. Bersumpah dengan selain Allah.
20. Bertanya perkara yang pelik-pelik dan tidak masuk akal.