renungan2u

Penahanan Pimpinan Ikhwan Bermotifkan Politik.

In Uncategorized on September 14, 2008 at 3:10 am

Laporan : Ahmad Abdul Fatah

Dr Hassan Malik dan Ir. Khairat Syatir

Jawatankuasa Pembelaan terhadap pimpinan Ikhwan Muslimin yang dihukum oleh mahkamah tentera (Mesir) no 2 tahun 2007 menyatakan bahawa mereka telah menerima lapuran penghakiman beberapa hari lalu dan sedang membuat penelitian bagi membatalkan hukuman tersebut.

Berasaskan lapuran penghakiman tersebut Nasir al-Hafi salah seorang ahli jawtankuasa tersebut melapurkan kepada www.ikhwanonline.com bahawa penghakiman ke atas pimpinan ikhwan tersebut adalah penghakiman yang kabur. Terdapat pelbagai gambaran kepalsuan dalam alasan-alasan penghakiman, pembuktian yang gagal, wujud pertembungan fakta dan pemalsuan. Realiti ini menjelaskan bahawa penahanan mereka sebenarnya hanyalah disebabkan isu-isu politik semata-mata bukan berasaskan pelanggran undang-undang sebagaimana didakwa.