renungan2u

Kertas Pembelaan Terhadap Pimpinan Ikhwan

In Uncategorized on September 14, 2008 at 4:34 am

14 Sep 2008

Jawatankuasa pembelaan terhadap 18 pimpinan Ikhwan terutamanya Ir. Khairat Syatir  Naib Kedua Mursyid Am Ikhwan Muslimin yang dihukum penjara 3 hingga 7 tahun penjara  mengemukakan kertas pembelaan dengan mengemukakan sebab-sebab ketidaksahan penghakiman ke atas mereka pada 15 April lalu.

Jawatankuasa tersebut menegaskan bahawa hukuman tersebut adalah tidak sah berdasarkan kesalahan dalam 214 bentuk pelanggaran peruntukan perundangan.

1. Semua keputusan penghakiman tidak sah kerana bercanggah dengan asas penghakiman terbuka dalam perkara 169 Perlembagaan Mesir dan perkara 269 Undang-undang prosedur Jenayah Mesir, kerana penghakiman hanya berasaskan lapuran siasatan sahaja.

2. Hakim terkhilaf apabila berhujjah kepada wujudnya keputusan pengharaman Jamaah Ikhwan Muslimin daripada Majlis Pimpinan Revolusi tanpa mengemukakan bukti.

3. Penghakiman juga tidak sah kerana hanya berpandukan kepada saksi-saksi pegawai polis yang melakukan tangkapan dan lapuran berdasarkan jawatankuasa siasatan yang tidak sah sedangkan terdapat bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak peguam pembela bahawa wujud penyelewengan fakta dan penipuan yang menjejaskan kreadibiliti mereka sebagai saksi.

Abdul Mun`im Abdul Maksud pengerusi jawatankuasa pembelaan menegaskan bahawa jawatankuasa menentang keputusan penghakiman tersebut kepada Mahkamah Tinggi Tentera dan akan terus membela mereka demi mendaulatkan Undang-undang.

Jawatankuasa menegaskan bahawa tahanan pimpinan ikhwan dalah bermotifkan politik bukan berasaskan kesalahan jenayah yang didakwa.