Mursyid Am Ikhwan Mahdi Akif

Presiden Sudan Umar Basyir
Ketika Bush dan Blair melakukan jenayah perang dan penghapusan ethnik di Afghanistan dan Iraq, Syaron dan Ulmet melakukan penyembelihan ganas terhadap rakyat Palastin kita tidak pernah mendengar atau melihat Pendakwa Am Jenayah Perang Antarabangsa mengemukakan apa-apa tuduhan terhadap mereka supaya mereka menghentikan segala tindakan jenayah yang mereka lakukan demi hak kemanusiaan. Perkara ini menimbulkan pelbagai persoalan terhadap keputusan Pendakwaraya Jenayah Perang Antarabangsa memfaikan tangkapan terhadap Presiden Sudan Umar Basyir atas dakwaan melakukan jenayah kemanusiaan di Darfur.
Sudan menghadapi realiti yang sukar dan berbelit ketika ini. Pemerintah Sudan ditahun-tahun mutakhir menunjukkan kebijaksanaan mereka dalam menghadapi krisis dan kesusahan yang dihadapi samaasa isu-su Utara maupun Selatan.
Sebaliknya Amarika dan beberapa buah negara Eropah, berasaskan kertas siasatan yang diada-adakan dengan sengaja cuba mencari kesalahan Sudan dan dunia Islam lain tidak melihat seperti itu dan cuba membesarkan Isu Darfur, menyalakan api permusuhan puak dan menggerakkan Mahkamah Antarabangsa untuk menangkap presiden Sudan bagi menimbulkan ketakutan dan menggagalkan usaha-usaha terdahulu untuk memperkasakan demokrasi dan menyelesaikan krisis di Darfur dan tempat-tempat lain.
Ikhwan Muslimin mengutuk pendakwaan yang tidak berasas dan menganggapnya sebagai campurtangan dalam urusan Negara Sudan dan campurtangan terhadap hak-hak bidangkuasa Kerajaan Sudan.
Ikhwan Muslimin yang memantau isu ini dengan penuh keraguan menuntut perkara-perkara berikut:
1. Liga Arab perlu membuat pertemuan raja-raja, pimpinan dan menteri-menteri bagi bersatu bagi bersama-sama Sudan dan memelihara ketuanannya.
2. mesir perlu memainkan peranan penting dalam semua peringkat Arab dan antarabangsa bagi membela Sudan yang menjadi asas strategi Mesir dan salah satu faktur keselamatannya kerana dengan kekalahan Sudan ( semoga Allah tidak mentakdirkannya) akan meruntuhkan rakan utama mesir di lembah Nil.
3. Kerajaan Sudan perlu meningkatkan usaha memantapkan kekuatan politik dan kenegaraan di Sudan. Inilah masanya Sudan menggembeling usaha memantapkan kekuatan dan kesatuan negara dan seluruh anggota masyarakat bagi memelihara keutuhannya.
4. Umat Arab perlu mengiklankan bantahan dengan pelbagai cara yang selamat bagi terhadap apajua yang mengganggu Sudan.
5. Semua kuasa-kuasa politik dan masyarakat Sudan hendaklah melupakan semua perselisihan waktu ini dan memberi tumpuan terhadap serangan ini.
6. Organisasi Antarabangsa hendaklah menghormati undang-undang dan perlembagaannya dan melaksanakan keranan kewujudannya bukan menjauhi daripada dikuasai pentadbiran Amarika dan melaksankan perancangannya.
Kami berdoa kepada Allah semoga memelihara Sudan dan seluruh bumi Islam daripada keburukan dan hanya kepada Allah kami berserah dan Dialah yang menunjukki kejalan yang lurus.
Muhammad Mahdi `Akif
Mursyid Am Ikhwan Muslimin
17 Jun 2008.

salam, jmput bace artikel hangat, posting lengkap p’jlnn adik2 baru yg dizalimiii
Salam.. Ubadibillah, saya dah tanya isu tersebut daripada senior anta di Mesir ..
Cerita sebenar.. Orang UMNO rumah negeri sewa kereta kepada pelajar Melayu yang buat bisnes kereta sewa di Mesir. Kebetulan dia adalah ahli-ahli Isma. Isma sebagai sebuah organisasi tak terlibat apa-apa. Kat Malaysiapun ramai orang-orang PAS yang berniaga dengan orang-orang UMNO..
Sepatutnya Ubaidillah tanya dulu senior-senior ( tahkik ) jangan jadi penulis yang kurang akhlak, sebar berita-berita yang ada unsur-unsur fitnah. Itu bukan akhlak seorang Islam.